- HARI: SELASA
- TARIKH: 24.02.2009M
- MASA: 3.30pm - 5.00pm
- TEMPAT: MEMBACA YASSIN DI BILIK-BILIK & LANTIKAN PREFEK DI KAWASAN LAPANG S.U.RIMBA 1
Alhamdulillah hari ini warga S.U.Rimba 1 telah berjaya mengadakan majlis seperti yang tersebut di atas walaupun pada awalnya berlaku sedikit masalah di mana dengan adanya buah fikiran yang cepat dari guru-guru majlis ini dapat di laksanakan dengan lancarnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat. Syabas dan tahniah diucapkan =)
Majlis membaca yassin diketuai oleh guru-guru darjah 4,5 & 6:
bilik darjah 4 (bagi murid-murid darjah 4) & bilik darjah 5 (bagi murid-murid darjah 5 & 6)
Selesai majlis membaca yassin,murid-murid diarahkan sembahyang asar berjemaah di bilik darjah masing-masing. Setelah itu murid-murid diarahkan berkumpul di kawasan lapang bagi Majlis Lantikan Prefek S.U.Rimba 1.
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan penyampaian Piala Naib Johan kepada Mohd.Rosyaidi bin Hj.Rosli peserta kategori A lelaki pertandingan membaca al-Quran peringkat pemilihan kawasan Brunei III, yang disampaikan oleh guru besar S.U.Rimba 1 iaitu Ustazah Hjh.Raptah Anom binti Hj Mohd Tahir.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada prefek-prefek S.U.Rimba 1 sesi 2009M / 1430H. Setelah itu prefek-prefek tadi berikrar di depan warga-warga sekolah dengan bacaan diketuai oleh ketua prefek.
Sebelum majlis bersurai, murid-murid bersama guru-guru menyanyikan lagu kebangsaan beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan surah al-Asr menandakan majlis selesai.


No comments:
Post a Comment