Sekolah Rendah Rimba I, Brunei III diluluskan dalam Rancangan Kemajuan Perumahan Negara Ke 7 dengan peruntukan sebanyak $4,000,000 lebih dengan keluasan 6.027 hektar. Projek pembinaannya dikendalikan oleh Syarikat CHK Construction Sendirian Berhad. Kerja-kerja pembinaan projek mula dijalankan pada tahun 2000.
Majlis Perletakan Batu Asas diadakan pada 19hb Oktober 2000 oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Setiausaha Tetap Bahagian Pentadbiran dan Kawangan Kementerian Pendidikan.
Majlis penyerahan rasmi bangunan Sekolah Rendah Rimba I, diadakan pada 4hb April 2002 oleh Yang Mulia Wakil Pengarah Perkhidmatan Bangunan Jabatan Kerja Raya kepada Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Kassim bin Haji Lamat, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Kementerian Pendidikan.
Majlis kesyukuran memindahi bangunan Sekolah Rendah Rimba I, diadakan pada 9hb September 2002. Tetamu Kehormat bagi majlis berkenaan ialah Yang Mulia Cikgu Haji Abdullah bin Haji Saidi, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei I dan III.
Sekolah mula beroperasi pada 9hb September 2002 .
Sekolah Rendah Rimba I, Brunei III terletak di Simpang 177, Jalan 82-84, Kawasan Perumahan Negara Kampong Rimba Gadong.
Sekolah ini mempunyai 5 buah bangunan, 1 blok untuk bilik darjah, 1 blok untuk pentadbiran, 1 blok pra sekolah, 1 blok kantin dan 1 blok dewan serbaguna. Sekolah ini juga mempunyai taman permainan untuk murid-murid pra sekolah.
Fasilitas yang terdapat di sekolah ini ialah 19 buah bilik darjah, 3 buah bilik pra sekolah, 1 buah bilik sains, 1 buah bilik guru ugama sebelah petang, 1 buah bilik Guru Besar Ugama petang, 1 bilik pentadbiran, 1 buah bilik guru, 1 buah perpustakaan, 1 buah makmal “Design and Technology’, 2 buah makmal komputer, 1 buah bilik persidangan dan 1 buah klinik gigi.

No comments:
Post a Comment